Thursday, July 30, 2009

ANUGERAH FTM 2009 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

MALAM ANUGERAH FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2009 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, PADA 28 JULAI 2009 DI AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI.

KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN :-

1. Kategori Kanak-Kanak - 1 penyertaan
2. Kategori Monolog - 4 penyertaan
3. Kategori NGO/IPT - 8 penyertaan

Pada malam 28 Julai 2009 yang lalu, malam yang cukup bermakna kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding, kerana mereka di angkat, di nobatkan sebagai pemenang-pemenang bagi anugerah yang telah disediakan. Anugerah yang di terima mengukir sedikit senyuman di raut wajah yang akan menutup segala kepenatan, kesusahan, keperitan untuk menjayakan satu pementasan dan suara-suara sumbang semasa pertandingan.
Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, lemah semangat, teruskan berteater selagi ada upaya,minat dan masih sayangkan seni, tidak semestinya hanya menyertai pertandingan sahaja. Sesungguhnya teater memerlukan pelapis-pelapis bagi mewarisi seni dunia pentas ini. Sepanjang 1 julai hingga 25 julai 2009 FTM 2009 peringkat Negeri Pulau Pinang telah di adili oleh :-
1. ROSLAN CHIN,
2.MARZUKI ALI DAN
3.BADRUL MUNIR.
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA, YANG KURANG BERNASIB BAIK CUBA LAGI DI TAHUN-TAHUN YANG MENDATANG.


Layari di sini wajah-wajah pemenang :- http://www.savefile.com/files/2167371
'Teater Topeng Hidup,Pentas Dunia Seni'