Monday, December 14, 2009

Tarian JORA JODI

Tarian Jora Jodi yang akan di pertandingan di Negeri Sembilan,
Tarian tradisi kaum mamak di pulau pinang.





PMS- Badan Beruniform

PMS badan beruniform bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau FRU di Padang Tembak,Air Hitam Pulau Pinang,Pada 21 November 2009.
Pelbagai aktiviti di jalankan, antaranya gotong royong kenduri(memasak), senam seni malaysia, permainan tradisional dan lain-lain lagi,


Gotong royong memasakisteri-isteri anggota FRU turut bersama membantu





Senam seni malaysia (kanak-kanak juga mencuba)


Sebahagian anggota FRU sertai Senam Seni Malaysia

Dikendalikan oleh KKJ

Kaum ibu turut serta


Khidmat kenderaan diberikan,kerjasama yang begitu baik

Sepak raga ratus

Suasana Pendaftaran



Permainan Galah Panjang


Pertandingan Gubahan

Pameran dan gerai jualan

Dam Aji Gergasi


Acara Sambutan









Sunday, September 13, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Menyambut HARI RAYA AIDILFITRI 2009 daripada semua warga kerja
JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA NEGERI PULAU PINANG..
MAAF ZAHIR BATIN..
kad 6 Pictures, Images and Photos
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Wednesday, September 2, 2009

Sambutan Kemerdekaan Ke-52

pembaca puisi ' bersila diatas tikar merdeka' yang merupakan persembahan khas sempena kemerdekaan kali ke-52 dan juga pembaca ikrar 'rukun negara'
sedikit latihan pada pagi 31 ogos 2009, sebelum melakukan persembahan.








Wednesday, August 12, 2009

SEMARAK MERDEKA

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN LARIAN SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG, DAN MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK MERDEKA 2009,PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.


Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Tempat : Kompleks Perniagaan Permatang Manggis, Kepala Batas, Pulau Pinang.

ATURCARA

8.00 pagi - Ketibaan Peserta larian
- Pendaftaran peserta larian
8.30 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
- Senam Seni
9.00 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan oleh En.Masnoor bin Ashaari
(Pengarah Penerangan Negeri)
- Ucapan oleh Tuan Nik Ali bin Mat Yunus
(Pegawai Pembangunan Negeri)
- Pelepasan Konvoi Volkswagon
- Pelepasan peserta Basikal
- Pelepasan Larian Merdeka
10.00 pagi - Ketibaan peserta konvoi, basikal dan larian
- Cooling down
- Peserta Band tempatan
- Cabutan Bertuah

8.30 malam - Ketibaan para jemputan
9.10 malam - Ketibaan Y.A.Bhg.YB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
(Mantan Perdana Menteri)
9.15 malam - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu 1 Malaysia
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh Y.Bhg.En.Masnoor bin Ashaari
(Pengarah Penerangan Negeri)
- Ucapan oleh Y.Bhg.Tuan Nik Ali bin Mat Yunus
(Pegawai Pembangunan Negeri)
- Ucapan oleh Y.A.Bhg.YB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
(Mantan Perdana Menteri)
- Penyampaian Cenderamata kepada Anak-Anak Merdeka
- Jamuan makan malam kenduri kampung
- Persembahan Wayang Kulit
11.30 malam - Bersurai

Thursday, July 30, 2009

ANUGERAH FTM 2009 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

MALAM ANUGERAH FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2009 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG, PADA 28 JULAI 2009 DI AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI.

KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN :-

1. Kategori Kanak-Kanak - 1 penyertaan
2. Kategori Monolog - 4 penyertaan
3. Kategori NGO/IPT - 8 penyertaan

Pada malam 28 Julai 2009 yang lalu, malam yang cukup bermakna kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding, kerana mereka di angkat, di nobatkan sebagai pemenang-pemenang bagi anugerah yang telah disediakan. Anugerah yang di terima mengukir sedikit senyuman di raut wajah yang akan menutup segala kepenatan, kesusahan, keperitan untuk menjayakan satu pementasan dan suara-suara sumbang semasa pertandingan.
Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, lemah semangat, teruskan berteater selagi ada upaya,minat dan masih sayangkan seni, tidak semestinya hanya menyertai pertandingan sahaja. Sesungguhnya teater memerlukan pelapis-pelapis bagi mewarisi seni dunia pentas ini. Sepanjang 1 julai hingga 25 julai 2009 FTM 2009 peringkat Negeri Pulau Pinang telah di adili oleh :-
1. ROSLAN CHIN,
2.MARZUKI ALI DAN
3.BADRUL MUNIR.
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA, YANG KURANG BERNASIB BAIK CUBA LAGI DI TAHUN-TAHUN YANG MENDATANG.


Layari di sini wajah-wajah pemenang :- http://www.savefile.com/files/2167371
'Teater Topeng Hidup,Pentas Dunia Seni'

Monday, May 25, 2009

REBUNG TEATER

REBUNG TEATER LAKONAN

TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT DALAM BIDANG TEATER UNTUK MENYERTAI KELAS LAKONAN TEATER.

DIADAKAN PADA SETIAP SABTU, JAM 3.00 HINGGA 6.00 PETANG,

-TANPA YURAN PENDAFTARAN

-TANPA YURAN BULANAN

-TIADA BAYARAN TAMBAHAN

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI 04-2817791/92 ATAU 013-6191239 (EN.HANIZAM)

Dapatkan Borang penyertaan : http://www.savefile.com/files/2115763

"SATU MALAYSIA,SATU PENTAS"

Wednesday, May 20, 2009

JADUAL FESTIVAL TEATER NEGERI 2009

FESTIVAL TEATER NEGERI PULAU PINANG 2009

Jadual Pementasan FTN 2009 di Auditorium Taman Budaya Negeri
SEMUA DIJEMPUT HADIR.....MASUK PERCUMA


A) MONOLOG

1. 1 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Halusinasi Sang Algojo)
- 2.30 Petang
2. 1 Julai 2009 - Anak Harapan PFS - (Eksperimen Pembunuhan [Raja Lekuk])
- 3.30 Petang
3. 1 Julai 2009 - TE.TA.MU - (Jebat: Rahsia Kesumat)
- 8.45 Malam
4. 1 Julai 2009 - Indah Kembara USM - (2 Tingkat)
- 10.00 Malam

B) KANAK-KANAK

5. 5 Julai 2009 - Warisan Jemari - (Kisah SiSemut)
- 8.45 Malam

C) NGO / IPT

7. 7 Julai 2009 - Suara ACMS - (Mencari Juita)
- 8.45 Malam
8. 9 Julai 2009 - L.E.Q.I.U Penang Free School - (Bicara)
- 8.45 Malam
9. 11 Julai 2009 - Bakawalee - (Dusta Pada Skala 1 Hingga 10)
- 8.45 Malam
10. 13 Julai 2009 - Dewan Budaya - (Lokan Bertepuk)
- 8.45 Malam
11. 17 Julai 2009 - GDW Kg.Contoh - (Serakah)
- 8.45 Malam
12. 19 Julai 2009 - Epilog Kembara - (Nasib)
- 8.45 Malam
13. 21 Julai 2009 - NVR Corp - (Hanya Lala)
- 8.45 Malam
14. 23 Julai 2009 - Resdong's - (Neraka Petualang)
- 8.45 malam
15. 25 Julai 2009 - House Of Theatre Society - (Legacy)
- 8.45 Malam
16. 28 Julai 2009 - Majlis Anugerah Festival Teater
- 8.45 Malam

Tuesday, May 12, 2009

Festival Tari Kebangsaan (Zon Utara)

Pertandingan Festival Tari Kebangsaan 2009, Peringkat zon utara yang di adakan di Taman Budaya Negeri Kedah pada 12 Mei 2009.
Negeri Pulau Pinang diwakili oleh Kumpulan Seni Mutiara,
Negeri Perlis diwakili oleh Universiti Teknologi Mara,Arau, Perlis
Negeri kedah terpaksa menarik diri diatas masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Keputusan bagi ke peringkat kebangsaan akan diketahui apabila selesai pertandingan di peringkat semua zon yang terdiri daripada, Zon Utara,Zon Timur, Zon tengah, Zon selatan, Zon Sabah dan Zon Serawak.
Kumpulan yang bertanding wajib mempersembahkan tarian yang teriri daripada Tarian Asli, Rampaian Tradisional dan Kreasi Baru.

Tarian kreasi baru yang dipersembahkan dengan memberi nafas baru kepada tarian 'Joghe'



Tarian Rampaian Traisional yang di persembahkan Inang,joget sauk dan Zapin




Tarian asli 'Ghazal Parti' yang berentak irama padang pasir